Isnin, 26 Disember 2011

bertuah punyer boboi!


Ada seorang budak kecik, Boboi namanya umur dlm 4 thn. Dia nih memang gemar sangat kencing.
Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi fun-fair ke, supermarket ke,
mana-manalah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer..sesuka hati dia jerit kat mak dia…
“mak..boboi nak kencing!!!”.
Maka mak dia pon mencari jalan penyelesaian utk Boboi sebab mak nya malu dengan perangai Boboi nih
menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak nyer pon kata kat Boboi,
“Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?”. Boboi pon mengangguk tanda paham.
Nak dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar bermalam dengan neneknya.
Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah Boboi.
Budak boboi nih bukan tau orang tua tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat neneknya…
“Nenek…Boboi nak nyanyi!!”.
Neneknya membalas “Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah pulak boboi bising!”, terang nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah…
“Um..yerlah..boboi.boboi nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye…..”
Mesti korang bleh agak ape yg berlaku seterusnya kan.. hihihihi

ok,dah kena!


Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap “Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!”
“Ok!” kata anak dia.
Si ibu pun undur keretanya.
“Lagi mak undur lagi” kata anak dia.
“Lagi lagi” kata anak dia.
Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba “DAMM” kereta yg dia undur tu terlanggar
pokok kat belakang.
Anak dia pun menjerit” OK! Mak, dah kena!”

nampaknya puan begitu sabar


Seorang lelaki asyik memerhatikan seorang wanita yang sedang membeli belah di supermarket bersama anak kecilnya… Anak wanita itu duduk di dalam troli yang ditolak oleh ibunya..
Ketika melintas bahagian makanan… anak wanita itu merengek-rengek meminta dibelikan biskut… Tapi ibunya kelihatan tidak menghiraukan permintaan anaknya itu.. Anaknya mula menangis dan menjerit Dengan suara perlahan.. si ibu berkata
“Sabar Suzie… ada tiga lorong lagi.. jangan marah..ya. tak lama lagi dah..”
Kemudian mereka melalui pula lorong yang mengandungi bahagian permainan.. anaknya sekali lagi merengek dan menjerit minta dibelikan permainan.. Ibunya tetap tidak menghiraukan permintaan anaknya itu dan anaknya terus menangis… Si ibu berkata..
“Sabar, sabar, Suzie… ada dua lorong lagi dan kita akan keluar dari tempat ini”
Akhirnya mereka selesai melalui lorong terakhir dan terus pergi ke kaunter dan menunggu giliran untuk membuat pembayaran.. Anaknya masih menangis dengan kuat dan menjerit-jerit minta dibelikan mainan.. Si ibu dengan sabar berkata..
“Sabar Suzie.. kita akan melepasi kaunter ini dalam masa 5 minit sahaja lagi.. Lepas ini kita akan pulang dan boleh tidur dengan selesai..”
Si lelaki yang melihat kejadian itu kagum dengan kesabaran si ibu… Lalu dia pun mengikuti wanita berkenaan hingga ke tempat parking untuk memberikan pujian….
“Sungguh Luar biasa.. anda begitu sabar menghadapi si kecil Suzie” katanya.

akibat curang


Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam
bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.
“Kenapa ni sayang?” tanya Salman.
“I diserang sakit jantung”, jawab isterinya.
Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata..
“Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai seluar.”
Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan (bukan nama sebenar)
jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Mazlan keluar dan berkata,
“Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"

kejadian pelik di wad ICU


Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka..
Perkara ini sangat membingungkan para doktor… Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut…
Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya… beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.
Masa berputar… pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am… tiba-tiba…… Pintu bilik ICU itu terbuka…. Kemudian masuklah Makcik Bedah….
Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk… mendekati katil keramat tersebut… dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan ‘plug vacum cleaner

kambing hitam&kambing putih


Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : “Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?”
Gembala : “Oh, boleh saja”
Pemuda : “Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : “Yang putih”
Gembala :”Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari”
Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”
Pemuda : “Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : “Yang putih.”
Gembala : “Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.”
Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”
Pemuda : “Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : “Yang putih.”
Gembala : “Aaa…menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur.”
Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) “Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja”
Gembala :”Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya.”
Pemuda : “Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?”
Gembala : “Yang hitam pun sama, saya punya juga”
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)